Home > Uncategorized > Setan….

Setan….

Sebuat saja cerita atau drama cinta atau cerita-cerita romantis, aku rasa aku antara orang yang sangat liat untuk menonton cerita-cerita seperti inia ini. Apa tidaknya, bagi aku cerita-cerita sebegini sangat berat dan emosi rasa tergangu bila menontonya, akan mewujudkan pelbagai rasa, seperti sedih, gembira, simpati ,hati berbunga-bunga dan kadang-kadang meluak pun ada bila wujud watak-watak perosak hubungan orang lain atau watak yang suka menaburkan fitnah kepada orang lain rasa nak terajang  jer TV tu dibuatnya…hahhah .

Cerita Nora Elena adalah cerita kedua selepas winter sonata yang aku boleh layan dan habiskan dalam masa tidak kurang dari 24 Jam tanpa berhenti. Aku teringat semasa zaman di universiti dulu. Time tu kawan aku tengah layan cerita Winter Sonata. Aku apa lagi, siap kutuk  kawan aku tu, “apalah  layan cerita jiwang” aku kata….nama kawan aku tu Awang, mungkin dia malas nak layan aku  time tu..dia terus sahaja hulurkan aku CD pertama  dan minta aku tengok sendiri.  Kebetulan masa tu aku pun dalam keadaan  keboringan sebab dah tak ada video game lagi yang aku nak layan..aku pun testlah layan CD pertama tu…dari CD pertama aku rasa tertarik nak tengok CD ke-2….bila habis CD ke-2 aku tertarik untuk sambung ke CD ke-3 sehinggalah CD yang ke 21 tak silap aku dah lama aku pun tak ingat berapa CD. Yang aku sendiri tak percaya, 21 CD tu habis dalam masa 24 jam….

Cerita Nora Elena ni pulak aku layan dalam youtube, apa yang menariknya first episode aku layan guna moniter komputer, tak puas dengan itu aku layan episode kedua guna moniter TV nasib baiklah ada CPU lebih yang aku boleh sambung ke TV…lagi besar paparannya.  Yang lebih menarik, dan aku tak sangka aku start jam 12 malam  dan aku habiskan 24 episode pada jam 12 pada malam keesokanya….hahahah.

Dalam cerita itu macam-macam plot ceritanya. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah watak seth tan yang cukup sempurna sebagai seorang lelaki, walaupun pada awalnya dia telah membuat satu kesilapan besar dan akhirnya menyesali perbuatannya yang lampau.

Tapi watak yang bikin aku panas tu watak  yvonne rasa nak terajang ja kaca TV tu….habis barang-barang dalam bilik aku tembak guna senjata NERF aku…hahaha..panas punya pasal

Disebabkan takdir dari yang maha Esa Seth Tan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan lampaunya walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dugaan namun dia tetap sabar dan sentiasa memaafkan orang lain yang telah menfitnah dan menikamnya dari belakang. Watak itu cukup sempurna sehinggakan aku tertanya-tanya ada lagikah manusia semacam itu. Atau pun itu hanya cerita fantasi yang direka oleh penulisnya untuk membuai-buaikan perasaan penonton?

Walaubagaimanapun, cerita itu masih boleh dianggap logik dengan adanya unsur cinta. Cinta mampu melakukan apa sahaja…kalau tidak, tak adalah ungkapan “ lautan api pun sanggup ku renangi” .

Ungkapan kalau jodah tidak kemana, dalam keseluruhan cerita ini, ungkapan itu boleh di guna pakai ..mmm malas aku nak melalut lebih..lebih sebab aku pun tidak pasti kenapa aku exited sangat tengok cerita ni….walauapapun cerita ni memang best…layannnn saja.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: