Home > Uncategorized > Kapal Peronda Generasi Kedua -TLDM?

Kapal Peronda Generasi Kedua -TLDM?

Gowind Class..

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.

Model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

Pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.

“Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.

aku rasa versi ni la kot buatan firma pertahanan perancis Gowind Class..

 

“Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan,” katanya di sini hari ini.

yang ini Miko A-100 Kelas kedah model yg digunakan sekarang

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.

Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

(Sumber: berita harian)

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: