Home > Uncategorized > Cahaya..

Cahaya..

Membutakan mata dengan cahaya sehingga tidak bisa melihat gelap, perbuatan itu amatlah kejam apabila memisahkan antara cahaya dan gelap. Kerana itu sudah menjadi lumrah bila gelap akan hadirnya cahaya dan bila gelap hadir cahaya akan beransur hilang. Cahaya itu hadir dengan sendirinya apabila putaran masa genap pada masanya, menyinar seluas alam tanpa pernah mengira siapa penghuninya, cahaya hadir tanpa ragu, tanpa pernah berdusta memberikan khidmatnya, kerana itu lah kita bisa melihat fauna riang bertebaran di segenap pelusuk alam mencari rezeki untuk meneruskan saki baki kehidupan.

Tamadun manusia telah membuktikan bahawa manusia amat rungsing dengan kegelapan, bermula dengan penemuan api sehinggalah penciptaan lampu, menunjukkan bahawa manusia seakan-akan tidak pernah puas dengan cahaya.

Kerana cahaya itu jugalah flora seakan berlumba-lumba memanjat tiang langit untuk mendekatinya tanpa disedari mereka telah menghasilkan landskep yang cukup indah untuk dilihat, daun yang menghijau segar , bebunga yang dipenuhi dengan pelbagai warna dan corak yang indah , tidak cukup dengan itu, mereka juga menghasilkan bebuah untuk santapan segenap penghuni alam.

Kerana cahaya yang hadir memancar terus kedalam retina mata, kita bisa melihat seluas –luas pemandangan sehinggakan kesanya dapat dirasakan terus kedalam hati mahluk yang melihatnya, mewujudkan pelbagai rasa. Rasa itu akan menjadikan kita yakin, rasa itu akan membuatkan kita bersyukur, rasa itu akan menjadikan kita subur serta rasa itu juga akan mewujudkan kasih dan sayang.

Bukankah cahaya itu indah, bukan kah cahya itu “synergy”dan bukankah cahaya itu pemberi harapan didalm meneruskan kehidupan dihari esok….

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: