Home > Uncategorized > Penolakan?

Penolakan?

Mengambil cerita dari kawan pada malam itu, inya berlaku bila seorang kawan cuba untuk memikat seorang wanita yang diminati, dan agak menarik jugalah isu-isu sebegini untuk dibincangkan. walaupun setelah mencuba dengan bersungguh beberapa kali namun si wanita itu tetap bersifat dingin. kalau dilihat dan di timbang kati, sahabat aku ni nak kata tak handsome, tak juga lah rasanya sebab ada orang kata dia ni iras-iras jeson bond..heheheh, nak kata kerja kurang elok, tetapi mampu memakai kereta kelas esekutif dekat-dekat sama lavel lah denga keretapi besarnya

Sebaik saja kejadian itu berlaku, kami duduk di sebuah restoran membincangkan hal ini serta merta, habis jugalah dua cawan kopi. Pelbagai pendapat di utarakan mengulas kejadian itu, dan pelbagai juga pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain. Apa yang menjadi pokok persoalan ialah adakah penolakan itu akan mempengaruhi keyakinan diri seorang lelaki?

Agak sukar bagi saya untuk menyetujui penolakan mempengaruhi keyakinan diri, namun juga tidak menafikan bahawa ada kebenaranya, keadaan ini membuatkan saya seumpama berdiri diatas sebuah garisan merah yang sangat halus, kerana sifat manusia ini terlalu subjektif untuk dihuraikan secara detail. rambut sama hitam, hati lain-lain” itulah pepatah melayu yang menujukan bahawa sifat manusia itu berbeza-beza.

Berdasar itu,maka apa yang saya boleh katakan ialah secara umumnya lelaki ini terbahagi kepada dua golongan. golongan pertama diketagorikan jenis agresif. lelaki jenis begini amat gemar dengan cabaran didalam memikat wanita. mereka akan cuba dan terus mencuba tanpa memikirkan perasaan malu yang akan dihadapi bila menerima penolakan, malah mengangap penolakan itu sebagai satu semangat untuk terus mencuba.

Tidak dinafikan juga golongan ini amat mahir didalam seni berkomunikasi didalam memikat wanita yang diminati, lelaki ketagori ini amat mudah untuk mendapat pasangan dan tidak mustahil untuk bertukar-tukar pasangan kerana memiliki berkeyakinan diri dan tidak memperdulikan kemungkinan tanggapan orang lain disekitarnya.

ketagori kedua iaitu jenis ” konservatif ” memiliki hati yang sangat sensetif didalam hal-hal yang melibatkan soal hubungan terhadap wanita, namun kebiasaanya sifat ini tidak terhad didalam soal hubungan dengan wanita sahaja, malah didalam soal persahabatan cukup memberikan pertimbangan yang baik dalam perbualan dan sentiasa menjaga hubungan erat diantara para sahabat. Golongan ini bila terluka akan mengambil masa yang agak panjang untuk pulih dan mula berhati-hati disetiap hubungan pada masa akan datang.

Sikap berhati-hati didalam setiap hubungan itu secara tidak lansung dilihat oleh wanita sebagai satu tindakan yang tidak besungguh atau komited. sudah tentu si wanita merasakan bahawa si lelaki itu tidak serius seterusnya si wanita pun memberikan “respond” yang minimum didalam penerimaanya, walaupun hakikatnya si lelaki itu sangat bersunguh. manakala si lelaki yang melihat respon minimum yang ditunjukan oleh si wanita itu akan diterjemahkan sebagai satu penerimaan yang dingin.

lelaki jenis sebegini kebisaanya agak sukar untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hati, kerana sifat malu yang agak menebal atau keyakinan diri yang agak kurang mungkin disebabkan sejarah lalu, tetapi golongan ini akan lebih memperlihatkan keinginan mereka melalui tidakkan atau perbuatanya. suka saya mengambil satu ayat didalam sebuah buku dan amat sesuai diguna pakai oleh golongan seperti ini.

” lelaki akan bermotivasi bilamana kehadiran mereka dihargai dan diperlukan dan wanita pula akan lebih bermotivasi bilamana mereka merasa dicintai”

Keadaan diatas mewujudkan ketiadaan titik keseimbangan yang dicapai didalam hubungan kerana terdapat tanggapan atau andaian yang salah dari kedua-dua belah pihak. Apa yang di khuatiri bila keadaan ini berlarutan tanpa ada usaha yang “constrain” maka diakhir cerita cubaan untuk membina hubungan cinta akhirnya menjadi lesu dan hilang, walaupun didalam hati kedua-dua individu itu ada taman.

Categories: Uncategorized
  1. lonewolf
    December 20, 2010 at 7:21 pm

    Apa yang sebenarnya dicari oleh wanita pada seorang lelaki. Itulah persoalan yang tak dapat aku jawab walaupun sudah 33 tahun hidup di muka bumi…

  2. December 20, 2010 at 10:55 pm

    sama..soalan yg berbunyi ” what women want, what women need….” siapa nak jawab ni..

  3. lady heart
    February 20, 2011 at 9:45 pm

    wanita cuma mahu lelaki yang boleh bg kasih sayang yang ikhlas dr hati, bukan separuh jalan, wanita sudah byk nampak dan merasai kesakitan yg disebabkan oleh kaum lelaki. pasal penolakan ni, bukan wanita menolak cuma dalam hati ada keraguan dan susah mahu mempercayai kaum ni (sorry..but its true)jadi, penerimaan memerlukan masa. Hati wanita ni lembut, kalau kena cara, ok ape. Tapi kalau cara tdk sesuai, alamat rejected lar.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: