Home > Uncategorized > Adil

Adil

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” seringkali kita mendengarkanya melalui laungan-laungan oleh panglima-panglima melayu yang cuba  menuntut keadilan dari seorang rakyat  kepad seorang raja. Tapi apa yang ingin disentuh kali ini bukanlah panglima melayu atau pun raja.

Adil  yang menurut kamus dewan adalah bermaksud : “yang atau dengan berdasarkan pertimbangan (peraturan, ketentuan, dan lain-lain) yang wajar atau berpatutan (berkenaan (dengan) orang, tindakan, hukuman, keputusan, undang-undang, dan lain-lain), tidak memihak ke mana-mana, (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya) tidak sewenang-wenang

Difinisi adil biasa didengar  adalah “sama rata”. Semasa sekolah saya pernah mengutarakan maksud adil itu kepada seorang cikgu. Kemudian beliau menyoal saya kembali dengan soalan yang berbunyi  ‘”bagaimana sekiranya kamu ada dua orang adik, seorang lelaki dan seorang wanita, jika kamu mengatakan adil itu ialah sama rata ini bermaksud jika kamu membelikan adik lelaki kamu sebiji bola adakah kamu perlu untuk membelikan adik wanita kamu juga sebiji bola, sedangkan adik wanita kamu tidak berminat untuk bermain bola?” . Pengunaan maksud sama rata itu bukanya tidak boleh digunakan cuma ianya kurang sesuai. Menurutnya lagi adil ini sesuai dengan pengertian “ meletakan sesuatu pada tempatnya”.

Itulah kali pertama saya mendengar satu ungkapan yang menyentuh maksud adil itu dan merasakanya amat sesuai dengan maksud yang ingin disampaikan. Ringkat dan padat, difinisi ini menjadi pegangan saya sehingga kehari ini.

Malam ini bilamana duduk di kedai kopi, sambil bersembang-sembang dengan  seorang sahabat, persoalan adil menjadi topic perbincangan, apa yang menarik perhatian bilamana beliau mengeluarkan ungkapan “ dunia ini tidak adil” dan memberikan contoh seperti, manusia ada yang dilahirkan mempunyai paras rupa yang menarik dan ada yang kurang menarik, ada yang berharta dan ada yang tidak berharta dan ada yang bahagia serta ada juga yang tidak bahagia.

Ungkapan itu pada mulanya seakan-akan menyentuh soal kekecewaan dan berbau seperti orang yang putus asa, dan saya membiarkannya terus berhujah kerana beliau bukanlah seoarang yang tidak mempunyai pendidikan dan disember tahun ini beliau akan melanjutakan pelajaran keperingkat PHD.

Apa yang menarik perhatian apabila beliau memberikan jastifikasi mengapa ungkapan itu boleh diangap rasional:

“ sesunggunya dunia ini bukanlah tempat yang adil, kerana allah telah menyediakan suatu tempat yang mana semua manusia akan  di adili disuatu hari nanti, iyakni di akhirat. Allah akan memberikan perhitungan yang seadil-adilnya kepada semua umatnya tanpa mengira darjat, harta dan paras rupa.Dihari itu jugalah Allah akan memberikan ganjaran yang seadil-adilnya kepada semua umatnya mengikut apa yang telah di kerjakan oleh umatnya semasa di dunia.

Ungkapan itu sunguh menarik dan kebenaranya hanya Allah yang mengetahuinya, sebagai umatnya apa yang harus kita laksanakan ialah mencuba untuk berlaku adil kepada semua orang dalam setiap perbuantan dan tikahlaku.

http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http%3A%2F%2Fyokoyoo.wordpress.com%2F2010%2F11%2F19%2Fadil%2F%23more-243&layout=standard&show_faces=true&width=450&action=like&font=arial&colorscheme=light&height=80

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s