Home > Uncategorized > APC Vs Bus

APC Vs Bus

Borak-borak kosong pada malam itu bersama rakan, secara tidak langsung menyentuh akan isu industri pertahanan Negara, saya amat berminat bilamana isu itu melibatkan soal ketenteraan , khususnya Negara Malaysia walaupun saya hanya seorang awam.

APC kelauran turki Pers yang akan di jadikan sebagai platform untuk Pembinaan AV8

Isu yang diperbincangkan adalah program pengantian kenderaan Pengangkut Infantri  atau bahasa orang putihnya Amor Personal Carrier (APC) oleh angkatan tentera malaysia. Perolehan APC ini dianggap oleh sesetegah pihak adalah program yang termahal dalam sejarah kemeterian pertahanan dimana menelan Kos hampir RM 8 Bilion untuk sejumlah perolehan 257 buah kenderaan( cerita terbaru dengar2 harga dah di turun kan kepada 5 Bilion). Kenderaan yang dimaksudkan adalah  APC 8×8 AV8 keluaran DEFTACH

Sehubungan dengan itu ramai pihak mula mempersoalkan kos pembagunan AV8 ini dengan membandingkanya dengan produk-product yang lain dan lebih  murah yang terdapat didalam pasaran.

Pada mulanya, sebagai orang awam saya mula mempersolkan jumlah kos yang dilaburkan untuk program ini. nilai RM 8 bilion ini sudah cukup untuk menampung perbelanjaan tahunan bagi negeri Sabah dan Serawak, apa faedahnya berbelanja sebesar itu untuk Pertahanan, sedangkan kita hidup aman dan damai, tambah2 lagi kita baru sahaja keluar dari masalah krisis ekonomi dan masih mengamalkan polisi perbelanjan yang berhemah.

Setelah menyelongkar beberapa laman web di internet dan melalui bahan bacaan yang lain, persepsi saya telah mula berubah. Sebetulnya pertahanan negara ini boleh di ibaratkan sebagai insurans kepada rakyat, Sistem pertahanan yang kukuh akan memberikan jaminan keselematan kepada rakyat dan seterusnya menggalakkan aliran pelaburan mengalir masuk ke dalm negara,  tidak keterlalu jika saya mengatakan pertahanan  ini juga bertindak sebagai pengimbal didalam setiap hubungan diplomasi yang dilaksanakan diantara negara2 yang terlibat.

harga bagi setiap peralatan dan kenderaan ketenteraan ini sememangnya sangat mahal harganya. Oleh itu  kita tidak seharusnya  membandingkan nya dengan peralatan atau kederaan yang digunakan oleh pihak awam kerana iya amat jauh berbeza.

Setiap Negara di dunia, akan membelanjakan sejumlah nilai wang yang amat  besar sehinggakan mampu mencecah jutaan ringi hingga berbilion ringgit bagi setiap perolehan kelengkapan ketenteraan mengikut keperluan dan kehendak sesebuah negara.

Perlu juga diingat bahawa setiap keperluan sesebuah Negara itu adalah berbeza -beza dan tidak sama. Ini adalah kerana setiap negara mempunyai doktrin peperangan yang berbeza mengikut strategik yang telah diatur. bentuk bumi, keadaan cuaca dan kemampuan kewangan sesebuah Negara juga menjadi faktor utama didalam membuat keputusan pembelian .Sudah pastinya APC AV8 telah diuji oleh ATM sebelum membuat pemilihan.

“Persolanya mengapa kita perlu membayar semahal itu. Sedangkan ada prodak lain yang lebih murah” sahabat saya bertanya.

Jawapan yang paling sesuai ialah “ hakikatnya kita telah jauh tertinggal dalam teknologi pertahanan dan harga itulah yang perlu dibayar kerana kita baru bermula sedangkan Negara  lain seperti Amerika, Rusia, British dan France telah memulakanya sejak beratus tahun yang lalu. Kita tidak ada pilihan, samada kita bermula dari sekarang atau di masa akan datang,sudah  pasti nilai yang perlu dibayar pada masa akan datang lebih tinggi berbanding sekarang.

Mengapakah peralatan awam dan tentera jauh berbeza? Kita ambil contoh perbandingan sebuah Bas Dan sebuah APC, kedua-duanya mempunyai persamaan yakni sebagai medium pengakutan. Saya rasa ramai dikalangan kita yang pernah menaiki bas oleh itu tidak perlulah kita menghuraikan ciri-ciri sebuah bas.

Sebuah APC haruslah:

  • Mempunya daya pelindung bermakna system amor yang baik.
  • System penderia, mengesan kedudukan musuh dan mengenal pasti arah serangan.
  • Guide System, berfungsi untuk memandu peluru berpandu kearah sasaran.
  • Sistem telikumunikasi, sebagai alat penrhubungan.
  • Sistem Persenjataan.
  • Dan system suspension yang cangih.

Melalui pemerhatian, tidak ada sebuah syarikat pun di Malaysia ini yang mengeluarkan dan membangunkan teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan APC. pembelian juga harus mengikut polisi yang telah ditetapkan, dimana setiap pembelian haruslah ada transfer of technologi (TOT).

Apa yang saya dipahamkan, didalam progrem AV8 ini, kita bukan sahaja membeli APC,  tetapi kita juga membeli hak cipta dari pengeluar asal, ini bermakna kita boleh mengubah suai struktur kenderaan mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh ATM disamping itu juga kita boleh memasarkanya kepada negara lain yang berminat.

Mungkin boleh sahaja membeli produk lain yang lebih murah tanpa TOT dan tanpa pemilikan hakcipta dan kita selamanya akan hanya menjadi Negara pembeli dan bukan Negara yang bersunguh-sunguh untuk membangunkan industri pertahanan. Dan selama itulah juga, kita akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk setiap perolehan.

Apa yang diharapkan agar program ini berjalan dengan baik tanpa adanya tangan-tangan yang hitam yang cuba mengaut keuntungan demi kepentingan individu tertentu.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: