Home > 1 > “Respect”

“Respect”

Hormat atau “respect” bermaksud perbezaan dari pelbagai perkara. Secara praktikal lavelnya iyanya banyak merujuk kepada mempertimbangkan keutamaan yang mungkin melibatkan  perasaan, keperluan, pemikiran , idea, permintaan individu. Atau dengan ertikata yang lain mempertimbangkan sesuatu itu dengan serius, menilai dan menghargainya.

Menghormati individu lain sama seperti menghargai pemikiran , perasaan  dan lain2. Termasuklah mengakui kehadiran mereka, mendengar mereka, jujur kepada mereka dan menerima mereka, menerima sikap individual mereka serta keanihan mereka.

Hormat “respect” boleh ditunjukkan melalui perilaku dan ianya juga dapat dirasakan. Kita boleh bertindak dengan cara-cara yang dianggap sopan, kita juga boleh merasa hormat kepada individu lain dan kita juga boleh merasa dihormati oleh individu lain.

Keadaan ini memungkinkan kita untuk bertindak seumpama kita merasakan apa yang sedang dirasai oleh individu lain walaupun pada hakikatnya kita tidak mungkin mampu merasakan sama seperti yang dirasai oleh individu terbabit.

Ini bermaksud perasaan hormat “respect” itu lebih penting daripada perilaku yang menujukan tanpa adanya perasaan. Ketika perasaan hormat atau “respect” itu wujud  dalam diri individu, secara tidak lansung perilaku individu terbabti akan turut mengalaminya.

Setiap individu boleh  merasa sama ada mereka dihormati atau pun tidak. Ketika kita merasa dihormati kita akan mendapat kerja sama sukarela dari ramai individu, pendek kata kita disenangi oleh orang lain dari semua aspek walaupun wujudnya perbezaan dan sebaliknya.

Keikhlansan dan toleransi individu lain hasil dari rasa hormat diantara satu dengan yang lain  akan membantu kita untuk memenuhi setiap keperluan yang ingin di penuhi “ bak pepatah melayu berat sama dipikul ringan sama di jenjeng”  bila kita rasa dihormati kita akan mengurangkan konflik, ringkasnya kita akan mudah merasa baik dan selesa bila kita di hormati.

Hormat “respect” terhadap individu lain akan memungkinkan individu lain merasa selesa bersama kita. Keselesaan ini akan akan menarik  individu-individu lain untuk mendampingi kita dan akan membina satu jalur ikatan yang sangat luas atau di pangil sebagai “ connection” . bila menceritakan tentang “connection” saya teringat semasa zaman kuliah, saya bertanya kepada seorang sahabat berbangsa cina akan matlamatnya memasuki university.

Jawapan yang sahabat itu utarakan amat berbeza dengan jawapan-jawapan dari sahabat saya yang lain dan saya amat tertarik dengan jawapan itu.  Sahabat tersebut mengatakan “ iaya meletakan pelajaran sebagai matlamat kedua dan meletakan “connection” sebagai keutamaanya”   saya mula terpingah-pingah akan kerasionalan hasil daripada jawapan itu dan bagaimana untuk membina jalur ikatan persahabatan yang sangat luas.

Sehinggalah pada suatu hari, dimana saya ingin memulakan pekerjaan sendiri, iaya itu berniaga.  Saya mula berfikir didalam dunia perniagaan tanpa jalur persahabatan atau “connection” mungkian kah saya akan mencapai apa yang diinginkan?  Bagaimana untuk membentuk jalaur persahabatan itu? Jawapanya kita harus menghormati  individu lain dari setinggi-tinggi jawatan individu itu sehinggalah serendah-rendah jawatan individu tersebut.

Setiap individu ini mempunyai kobolehan yang berbeza dan kita memerlukan mereka untuk terus “survive” sama seperti mereka juga, mereka memerlukan kita untuk terus “survive”,  unsur-unsur seperti  hormat, toleransi, memahami dan kerjasama  dijadikan sebagai dasar persahabatan. Didalam ajaran islam juga kita senentiasa diajarkan untuk hormat menghormati orang lain, tidak mengira jentina, tua atau muda dan darjat. Kehidupan akan menjadi lebih parah sekiranya unsur hormat itu hilang kita akan merasa hidup bersendirian didunia yang dipenuhi oleh manusia.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: