Home > 1 > “The PURSUIT of Happiness.”

“The PURSUIT of Happiness.”

Pernakah anda merasa ingan berputus asa dalam menjalani kehidupan? bilamana berdepan dengan masalah kehidupan,persoalan ini membuatkan saya mengingati sebuah filem yang berjudul, “the pursuit of happiness”  merupakan sebuah  filem cerita benar yang dilakon semula oleh will smite, menceritakan kisah hidup seorang “multimillionaire” Chris Gardner,  yang pada awalnya terpakasa bergelut dengan pelbagai kesukaran hidup.

Filem ini telah diterbitkan pada 2006, dan cukup kuat untuk memotivasikan para penontonya  bilamana berhadapan dengan keadaan hidup yang amat getir. mungkinkah semangat seperti Chris Gardner mampu dimiliki oleh setiap penonton yang menonton cerita ini? untuk itu saya  suka untuk berkongsi dengan pembaca yang lain akan cerita perjalanan ringkas Chris Gardner .

Chris Gardner, ditinggalkan oleh isterinya yang tidak cukup kuat untuk memikul beban hidup yang semakin sukar. malah Chris Gardner diperleceh oleh isterinya apabila beliau cuba menyampaikan hasratnya untuk menjadi seorang broker. kepincangan hidup Chris Gardner apabila ditinggalkan oleh isterinya namun kehadiran anaknya yang berusia 5 tahun dijadikan sebagai satu sumber kekuatan baru kepada beliau, didalam keadaan merentasi kesempitan hidup beliu, Chris Gardner masih terus cuba memberikan anaknya Christopher sesuatu yang terbaik, tidak keterlaluan bila saya mengatakan beliau, Chris Gardner adalah seorang ayah yang di hantar dari syurga untuk menyayangi dan melindungi anaknya walaupun situasi yang dihadapinya tidak menentu.

Chris Gardner dan Christopher semakin di uji apabila terpaksa melalui saat-saat hidup yang sangat getir apabila beliau terpaksa mempertaruhkan hidupnya untuk  menyertai program intensif selama 6 bulan tanpa menerima bayaran dan tidak ada ketentuan yang meyakinkan untuk memperolehi pekerjaan tersebut. semuanya harus berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri Chris Gardner sendiri.

Tidur didalam tandas, homeless shelters, dan shabby hotel bilamana beliau tidak mempunyai cukup wang. (melihat babak ini saya manangis sedih sendiri) situasi ini langsung tidak mematahkan semagat Chris Gardner untuk meneruskan program intensif demi memperolehi kerja yang dihajatkan dan menyediakan kehidupan yang terbaik untuk anaknya.

Diakhir cerita ini beliau, Chris Gardner akhirnya memperolihi apa yang dihajatkan iaitu menjawat jawatan bergaji di firma Dean Witter, kejayaan itu seterusnya mengakhiri satu babak kesukaran dalam hidupnya dan bermulalah satu lagi babak baru yang mana Chris Gardner  merasakan dirinya mampu tersenyum, tersenyum sebagaimana manusia lain yang tersenyum kerana gembira  dan mengalami satu perasaan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata, satu rasa yang mungkin boleh diterjemahkan melalui ungkapan   “Happiness” walaupun perkataan itu tidak cukup kuat untuk mengambarkan keseluruhan maksudnya. di akhir filem itu ada menceritakan Chris Gardner telah berjaya memperolihi satu urusniaga yang akhirnya menjadikanya sorang “multimillionaire”.

Tidak banyak perkara yang  boleh saya perkatakan disini dalam soal membicarakan  kehidupan, namun dirasakan  kesemua sikap yang diperlukan dalam berhadapan situasi hidup yang getir telahpun disampaikan melalui filem ini. Apa yang  ingin saya ungkapkan hanyalah, sedikit pandangan kerdil sebagai penulis.   Manusia  sebenarnya akan lebih unggul lagi apabila berhadapan dengan saat-saat yang cukup getir didalam hidup mereka, Manusia adalah seumpama berlian ataupun  ruby.  mengapa saya katakan demiakian? berlian atau ruby terbentuk hasil kesan daripada mampatan didalam diperut bumi yang bertahun-tahun lamanya sehinggakan ada yang mencecah ribuan tahun. hasilnya terbentuklah suatu batu yang amat berkilau dan menjadi kegilaan kepada pengemarnya, sehinggakan ada yang sanggup membelajakan wang yang cukup besar untuk mendapatkanya.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: