Home > 1 > Marikh dan Venus

Marikh dan Venus

Dikala penduduk Marikh mengalami kemurungan, semua penghuni planet meninggalkan kota-kota besar untuk masuk ke gua untuk satu jangka masa yang agak lama. sudah menjadi sikap orang-orang marikh bila berhadapan dengan masalah mereka akan memencilkan diri untuk mencari penyelesaian. sehinggalah satu hari salah seorang penduduk Marikh tiba-tiba melihat penduduk Venus melalui teleskopnya, dan mendapati bahawa  penduduk Venus adalah terdiri dari golongan yang cantik-cantik.

Dengan cepatnya ia memberikan teliskopnya tadi kepada penduduk marikh yang lain. melihat akan keajaiban itu, semangat penduduk marikh kembali bangkit dan secara ajaibnya juga segala kemurungan mereka lenyap sertamerta dan mereka tiba-tiba merasakan di perlukan. atas alasan ini mereka beramai-ramai keluar dari gua dan membangunkan armada kapal angkasa untuk terbang ke Vanus.

pada masa yang sama, penduduk Venus juga mengalami kemurungan, sikap penduduk Venus apabila menghadapi kemurungan amat berbeza denga penduduk marikh, penduduk Venus lebih cenderung untuk berkumpul beramai dan mula membicarakan masalah-masalh mereka, tetapi sebenarnya ianya tidak dapat mengurangkan kemurungan itu.

Selang bebarapa lama, penduduk Venus melihat ruang angkasa Venus di penuhi dengan kapal-kapal angkasa penduduk marikh. mereka melihat mahluk-mahluk ajaib dan kuat (penduduk-penduduk Marikh) tiba untuk menyokong, melayani dan tiba-tiba meraka merasa dicintai. melalui tangapan penduduk Venus terhadap penduduk Marikh ini segala kemurungan kedua-dua perlahan-lahan lenyap dan kegembiraan mula hadir di kedua2 pihak.

kesimpulanya:

kaum lelaki akan bermotivasi dan bersemangat bila mereka diperlukan, dan kaum wanita akan bermotivasi dan bersemangat dikala meraka merasa dicintai.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: