Home > 1 > “Sabar” Senjata pemberian Allah yang tidak ada tolok bandinganya

“Sabar” Senjata pemberian Allah yang tidak ada tolok bandinganya


Kehidupan manusia sebenarnya tidak akan menjadi indah sekiranya tanpa ada cabaran dan dugaan. Kehidupan yang mendatar adalah sunyi dan tidak bermakna. Penciptaan manusia adalah sesuatu yang unik dengan kurnian akal dan nafsu menjadikan manusia itu cukup lengkap jika dibandingkan dengan mahluk lain.

Atas dasar lengkap itulah kita harus diuji untuk menilai sejauhmanakah pemberian itu dapat digunakan dengan sebaiknya, serta bersyukur keatasnya. Begitulah Allah berlaku adil keatas mahluk ciptaannya.

Allah menciptakan:

  1. Malaikat dengan hanya memberikan akal tanpa nafsu dan kedudukan meletakan kedudukan malaikat tanpa di hijab.
  2. Menciptakan haiwan dengan hanya mengurniakan nafsu, diakhirnya nanti haiwan juga tidak akan di hijab.
  3. Menciptakan tumbuh-tumbuhan, hidup tanpa dikurniakan akal dan nafsu.
  4. Dan akhir sekali mencipta mahluk yang lengkap dari mahluk-mahluk ciptaannya yang lain iaitu manusia yang dikurniakan dengan Akal dan nafsu, dan di akhirnya nanti dihijab  mengikut pertimbangan dosa dan pahala.

Begitulah kesempurnaan yang diberikan kepada kita, iaitu manusia khalifah dimuka dunia. Kita seharusnya bersyukur  dan mengunakan kurniaanya dengan sebaik-baiknya.

Kita percaya, tidak ada seoarang pun di dunia ini terkecuali dengan ujian Allah, ujian Allah ini berbeza-beza mengikut kehendaknya. Ada ujian yang ringan, sederhana dan ujian yang berat sehinggakan kita dipaksa menggunakan segala kemampuan untuk mengharunginya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil, diberikannya lagi manusia ini satu lagi hikmah iaitu “ sabar” yang akan dimasukkan kedalam setiap jiwa yang diuji.

“ Allah sentiasa disisi orang-orang yang bersabar” begitulah ayat Allah untuk meyakinkan manusia didalam mengharungi ujiannya.

Sebagai contoh, Rasullulah s.a.w memperlihatkan nilai kesabaran didalm usahanya untuk menyebarkan syiar islam walaupun mendapat halangan dari kaumnya sendiri, hasil kesabaran beliau jelas kita lihat sehingga hari ini iaitu agama islam berkembang pesat keseluruh dunia.

Kegagalan kita untuk bersabar akan menimbulkan kesengsaraan, sikap tidak sabar akan menyebabkan kita membuat keputusan-keputusan yang kurang bijak oleh kerana keputusan itu dibuat tanpa berfikir panjang dan akhirnya nafsu menguasai akal fikiran.

Tidak sabar adalah punca masalah,

  1. Tidak sabar untuk hidup mewah akan menyebabkan kita  melakukan pecah amanah, mencuri dan berjudi.
  2. Tidak sabar menghadapi ujian dan dugaan berumahtangga akan menyebabkan keluarga kacau bilau dan penceraian.
  3. Tidak sabar melaksanakan tugas yang diamanatkan akan menyebabkan timbulnya perasaan bosan bekarja dan akan kehilangan pekerjaan.
  4. Tidak sabar dengan ujian kehidupan akan menyebabkan kita untuk mencari hiburan-hiburan sehingga memudaratkan diri sehinggah jatuh sakit.

Untuk menanamkan sikap  sabar itu didalam jiwa manusia  bukanlah sesuatu yang mudah, tidak semudah seperti apa yang saya tuliskan diatas. Untuk menjadi manusia yang tabah didalam ujian Allah kita perlu untuk cuba bersabar walaupun inya sangat sakit. Percayalah kesan daripada sikap sabar itu sunggu besar lebih besar jika dibandingkan dengan teori E=mc pemecahan atom yang digunakan untuk menghasilkan bom Atom seperti yang digugurkan di hirosima dan Nagasaki.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: