Home > 1 > Dibelakang setiap lelaki yang Berjaya adanya seorang isteri.

Dibelakang setiap lelaki yang Berjaya adanya seorang isteri.


Satu ungkapan yang sering di dengar dan akan dikaitkan dengan kejayaan individu-individu tertentu. Adakah ianya benar? . pengunaan kata isteri dan bukan wanita seperti kebiasaanya. Mengambil kata-kata Tun Dr Mahatir. Saya amat tertarik dengan ungakapan beliau.  Saya masih ingat lagi pada masa itu beliau di temurama oleh pengacara CNN kalau tak silap saya, beliu telah memperbetulkan ayat itu dari pengunaan kata wanita kepada isteri.

Walaupun hanya satu perkataan tetapi maknanya amat besar. Perbezaan perkataan perempuan, wanita dan isteri dapat dibezakan melalui darjat-darjatnya. Sebagai contoh pengunaan wanita lebih bersopan jika dibandingkan dengan perkataan perempuan dan penggunaan perkataan isteri menunjukan satu ikatan

Sebenarnya ungkapan “Dibelakang setiap lelaki yang Berjaya adanya seorang isteri” ini terlalu sukar untuk di huraikan kerana inya terlalu luas. Apa yang akan saya huraikan hanyalah melalui pandangan kerdil yang keluar dari minda ini sahaja.

Allah telah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan, yakni menciptakan hawa untuk melengkapkan kewujudan Nabi Adam. Peranan hawa sebagai pelengkap jelas kita lihat sehingga hari ni, iaitu umat manusia. Tidak mungkin Nabi Adam a.s  mampu mengembangkan umat manusia tanpa hawa.

Kegigihan Saidatina Khadijah binti Khuwailid didalam membantu rasululah mengembangkan islam memperlihatkan kita adanya seoarang isteri disamping kejayaan seorang lelaki. Pengorbanan, kesabaran, kesetian dan kebijaksanaan Saidatina Khadijah merupakan sumber kekutan kepada rasullulah pada ketika itu.

Bagaimana sifat seperti  Pengorbanan, kesabaran, kesetian dan kebijaksanaan ini mampu memberikan kekuatan yang luar biasa?

Sebenarnya lelaki tidaklah segagah seperti yang kita lihat, ada kalahnya lelaki ini goyang bila di landa musibah atau dugaan, berbalik kepada kepada ungkapan “manusia itu tidak sempurna” . ungkapan ini cukup jelas menujukan kita tidak mampu untuk hidup bersendirian. Bagimana pula jika kita amati ungkapan ini “bersatu teguh bercerai rubuh” .

Kekutan seorang lelaki bukan sahaja diukur melalui bentuk fizikalnya. Kita andaikan sebuah belon yang berisi udara. Kekutan sebuah belon bukan dilihat dari saiznya, tetapi jumlah udara yang tersimpan didalamnya. Persoalanya adakah kita melihat udara yang berada didalam belon tersebut?.

Mungkin contoh belon diatas kurang sesuai apa yang cuba diperlihat disini adalah bagaimana sikap seperti Pengorbanan, kesabaran, kesetian dan kebijaksanaan seorang wanita mampu memberikan kekutan yang luar biasa kepada kaum lelaki.

Jiwa dan minda perlu di isi dengan dengan sumber kekuatan rohani, tanpa kekutan rohani segagah manapun kaum lelaki itu tetap akan menemui kesukaran didalam memcapai kejayaan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Ayat diatas menujukan kaum lelaki dan wanita adalah sama disisi allah. Beramal, bekerja memperbaiki sasiah diri juga adalah amal, Allah akan membantu umat-umatnya dengan apa cara sekalipun jika mereka beriman kepadanya.

Wanita atau isteri adalah pelengkap kepada kaum lelaki, bayangkan jika sesorang lelaki yang dinamik, bercita-cita tinggi serta berperibadi mulia  di tambah dengn kewujudan wanita atau isteri yang mempunyai sikap seperti,  sangup berkorban, sabar, setia dan kebijaksanaan, bukankah itu satu kehidupan yang sempurna. Diakhirnya ingin saya memperbetulkan ungkapan “Dibelakang setiap lelaki yang Berjaya adanya seorang isteri” menjadi “Disisi setiap lelaki yang Berjaya adanya sokongan  seorang isteri”

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: