Setan….

June 27, 2011 Leave a comment

Sebuat saja cerita atau drama cinta atau cerita-cerita romantis, aku rasa aku antara orang yang sangat liat untuk menonton cerita-cerita seperti inia ini. Apa tidaknya, bagi aku cerita-cerita sebegini sangat berat dan emosi rasa tergangu bila menontonya, akan mewujudkan pelbagai rasa, seperti sedih, gembira, simpati ,hati berbunga-bunga dan kadang-kadang meluak pun ada bila wujud watak-watak perosak hubungan orang lain atau watak yang suka menaburkan fitnah kepada orang lain rasa nak terajang  jer TV tu dibuatnya…hahhah .

Cerita Nora Elena adalah cerita kedua selepas winter sonata yang aku boleh layan dan habiskan dalam masa tidak kurang dari 24 Jam tanpa berhenti. Aku teringat semasa zaman di universiti dulu. Time tu kawan aku tengah layan cerita Winter Sonata. Aku apa lagi, siap kutuk  kawan aku tu, “apalah  layan cerita jiwang” aku kata….nama kawan aku tu Awang, mungkin dia malas nak layan aku  time tu..dia terus sahaja hulurkan aku CD pertama  dan minta aku tengok sendiri.  Kebetulan masa tu aku pun dalam keadaan  keboringan sebab dah tak ada video game lagi yang aku nak layan..aku pun testlah layan CD pertama tu…dari CD pertama aku rasa tertarik nak tengok CD ke-2….bila habis CD ke-2 aku tertarik untuk sambung ke CD ke-3 sehinggalah CD yang ke 21 tak silap aku dah lama aku pun tak ingat berapa CD. Yang aku sendiri tak percaya, 21 CD tu habis dalam masa 24 jam….

Read more…

Advertisements
Categories: Uncategorized

NERF

June 27, 2011 Leave a comment

NERF adalah jenama mainan yang dicipta oleh Parker Brothers dan kini dimiliki oleh Hasbro. NERF singkatan bermaksud “Non-Expanding Recreational Foam”. Kebanyakan alat-alat permainan pelbagai senjata senjata berasaskan foam, Alat2 Permainan NERF ini sungguh popular sehinggakan bukan saja di mainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa.  Alat permianan kelauran NERF ini semakin popular selepas permainan paintball di popularkan….Malahan alat2 NERF ini mudah dan selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana keberangkalian untuk cedera semasa bermain amatlah rendah berbanding paintball.

Read more…

Categories: Uncategorized

Kapal Peronda Generasi Kedua -TLDM?

January 30, 2011 Leave a comment

Gowind Class..

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.

Model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

Read more…

Categories: Uncategorized

8th gen……

January 19, 2011 Leave a comment

New Honda Civic 2011?

not much difference from the original model, especially in the middle of the vehicle. however this new model in my opinion, shows that Honda has always provided the best model for his fans…

Do i will own this vehicle?….the most sexiest car in my eyes…

front view

Read more…

Categories: Uncategorized

Cahaya..

January 18, 2011 Leave a comment

Membutakan mata dengan cahaya sehingga tidak bisa melihat gelap, perbuatan itu amatlah kejam apabila memisahkan antara cahaya dan gelap. Kerana itu sudah menjadi lumrah bila gelap akan hadirnya cahaya dan bila gelap hadir cahaya akan beransur hilang. Cahaya itu hadir dengan sendirinya apabila putaran masa genap pada masanya, menyinar seluas alam tanpa pernah mengira siapa penghuninya, cahaya hadir tanpa ragu, tanpa pernah berdusta memberikan khidmatnya, kerana itu lah kita bisa melihat fauna riang bertebaran di segenap pelusuk alam mencari rezeki untuk meneruskan saki baki kehidupan.

Tamadun manusia telah membuktikan bahawa manusia amat rungsing dengan kegelapan, bermula dengan penemuan api sehinggalah penciptaan lampu, menunjukkan bahawa manusia seakan-akan tidak pernah puas dengan cahaya.

Kerana cahaya itu jugalah flora seakan berlumba-lumba memanjat tiang langit untuk mendekatinya tanpa disedari mereka telah menghasilkan landskep yang cukup indah untuk dilihat, daun yang menghijau segar , bebunga yang dipenuhi dengan pelbagai warna dan corak yang indah , tidak cukup dengan itu, mereka juga menghasilkan bebuah untuk santapan segenap penghuni alam.

Kerana cahaya yang hadir memancar terus kedalam retina mata, kita bisa melihat seluas –luas pemandangan sehinggakan kesanya dapat dirasakan terus kedalam hati mahluk yang melihatnya, mewujudkan pelbagai rasa. Rasa itu akan menjadikan kita yakin, rasa itu akan membuatkan kita bersyukur, rasa itu akan menjadikan kita subur serta rasa itu juga akan mewujudkan kasih dan sayang.

Bukankah cahaya itu indah, bukan kah cahya itu “synergy”dan bukankah cahaya itu pemberi harapan didalm meneruskan kehidupan dihari esok….

Categories: Uncategorized

Erti Kesabaran yang ditunjukan oleh Ayyub a.s

December 31, 2010 Leave a comment

Sesunggunya tiada lagi erti kesabaran atau contoh kesabaran umat manusia sepertimana yang telah di tunjukkan oleh Ayyub a.s kepada Allah. mampukah kita mencontohi kesabaran beliau? apabila kesemua kelaurga dan kesenangan dunia diambil kembali oleh Allah? suka saya mengambil sedikit ayat al-quran yang berbunyi ” sensunggunya Allah itu berada disisi orang-orang yang sabar

Apabila iblis terkutuk melihat nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada Ayyub a.s. Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.

Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”

Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup(harta yang berlimpah) dan kesihatan; kalau tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu,” Firman Allah swt kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”
Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.

Maka iblis dan semua bangsa jin cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.

Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu, namun kesetian Ayyub a.s terhadap Allah sama sekali tidak berubah.

Read more…

Categories: Uncategorized

Penolakan?

December 19, 2010 3 comments

Mengambil cerita dari kawan pada malam itu, inya berlaku bila seorang kawan cuba untuk memikat seorang wanita yang diminati, dan agak menarik jugalah isu-isu sebegini untuk dibincangkan. walaupun setelah mencuba dengan bersungguh beberapa kali namun si wanita itu tetap bersifat dingin. kalau dilihat dan di timbang kati, sahabat aku ni nak kata tak handsome, tak juga lah rasanya sebab ada orang kata dia ni iras-iras jeson bond..heheheh, nak kata kerja kurang elok, tetapi mampu memakai kereta kelas esekutif dekat-dekat sama lavel lah denga keretapi besarnya

Sebaik saja kejadian itu berlaku, kami duduk di sebuah restoran membincangkan hal ini serta merta, habis jugalah dua cawan kopi. Pelbagai pendapat di utarakan mengulas kejadian itu, dan pelbagai juga pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain. Apa yang menjadi pokok persoalan ialah adakah penolakan itu akan mempengaruhi keyakinan diri seorang lelaki?

Agak sukar bagi saya untuk menyetujui penolakan mempengaruhi keyakinan diri, namun juga tidak menafikan bahawa ada kebenaranya, keadaan ini membuatkan saya seumpama berdiri diatas sebuah garisan merah yang sangat halus, kerana sifat manusia ini terlalu subjektif untuk dihuraikan secara detail. rambut sama hitam, hati lain-lain” itulah pepatah melayu yang menujukan bahawa sifat manusia itu berbeza-beza.

Berdasar itu,maka apa yang saya boleh katakan ialah secara umumnya lelaki ini terbahagi kepada dua golongan. golongan pertama diketagorikan jenis agresif. lelaki jenis begini amat gemar dengan cabaran didalam memikat wanita. mereka akan cuba dan terus mencuba tanpa memikirkan perasaan malu yang akan dihadapi bila menerima penolakan, malah mengangap penolakan itu sebagai satu semangat untuk terus mencuba.

Tidak dinafikan juga golongan ini amat mahir didalam seni berkomunikasi didalam memikat wanita yang diminati, lelaki ketagori ini amat mudah untuk mendapat pasangan dan tidak mustahil untuk bertukar-tukar pasangan kerana memiliki berkeyakinan diri dan tidak memperdulikan kemungkinan tanggapan orang lain disekitarnya.

ketagori kedua iaitu jenis ” konservatif ” memiliki hati yang sangat sensetif didalam hal-hal yang melibatkan soal hubungan terhadap wanita, namun kebiasaanya sifat ini tidak terhad didalam soal hubungan dengan wanita sahaja, malah didalam soal persahabatan cukup memberikan pertimbangan yang baik dalam perbualan dan sentiasa menjaga hubungan erat diantara para sahabat. Golongan ini bila terluka akan mengambil masa yang agak panjang untuk pulih dan mula berhati-hati disetiap hubungan pada masa akan datang.

Sikap berhati-hati didalam setiap hubungan itu secara tidak lansung dilihat oleh wanita sebagai satu tindakan yang tidak besungguh atau komited. sudah tentu si wanita merasakan bahawa si lelaki itu tidak serius seterusnya si wanita pun memberikan “respond” yang minimum didalam penerimaanya, walaupun hakikatnya si lelaki itu sangat bersunguh. manakala si lelaki yang melihat respon minimum yang ditunjukan oleh si wanita itu akan diterjemahkan sebagai satu penerimaan yang dingin.

lelaki jenis sebegini kebisaanya agak sukar untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hati, kerana sifat malu yang agak menebal atau keyakinan diri yang agak kurang mungkin disebabkan sejarah lalu, tetapi golongan ini akan lebih memperlihatkan keinginan mereka melalui tidakkan atau perbuatanya. suka saya mengambil satu ayat didalam sebuah buku dan amat sesuai diguna pakai oleh golongan seperti ini.

” lelaki akan bermotivasi bilamana kehadiran mereka dihargai dan diperlukan dan wanita pula akan lebih bermotivasi bilamana mereka merasa dicintai”

Keadaan diatas mewujudkan ketiadaan titik keseimbangan yang dicapai didalam hubungan kerana terdapat tanggapan atau andaian yang salah dari kedua-dua belah pihak. Apa yang di khuatiri bila keadaan ini berlarutan tanpa ada usaha yang “constrain” maka diakhir cerita cubaan untuk membina hubungan cinta akhirnya menjadi lesu dan hilang, walaupun didalam hati kedua-dua individu itu ada taman.

Categories: Uncategorized