Home > 1 > Pemikiran lateral oleh Dr Edward de Bono – Apakah itu pemikiram lateral?

Pemikiran lateral oleh Dr Edward de Bono – Apakah itu pemikiram lateral?

Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama  ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.
Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat  setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan.  Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata di bawah:

“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996).

Terdapat  beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah:

1. Pembinaan Idea Baru.
2. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran.
3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan.
4. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna.
5. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia dab konsep.

Dr Edward de Bono  telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. Beliau juga menyarankan  banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahn dengan lebih cekap dan efisien lagi. Dalam CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono

About these ads
Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: